Sunday, February 27, 2011

KEPENTINGAN SOLAT

1. Solat merupakan tiang agama. Islam akan runtuh apabila solat ditinggalkan penganutnya.Menurut Muaz bin Jabal r.a Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Mahukah kamu aku khabarkan tentang kepala, tiang dan menara semua perkara ? Aku menjawab,"Sudah pasti wahai Rasulullah".Baginda berkata: "Kepala semua perkara adalah islam, tiangnya adalah solat dan menaranya adalah jihad".(al-tarmizi)

2. Solat termasuk dalam perkara penting selapas melafazkan 2 kalimah syahadah.Ia merupakan salah satu cara individu muslim melahirkan rasa syukur serta membuktikan keimanannya.Sabda Rasulullah s.a.w, "Islam dibina atas lima perkara;mengucap 2 kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allak,mendirikan solat,mengeluarkan zakat,mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan".(Muslim)

3. Ibadah solat tidak disyariatkan melalui perantaraan malaikat,tetapi Allah telah mengangkat Rasulullah s.a.w ke langit dengan Allah sendiri mewahyukan fardu solat 5 waktu kepada baginda.Ini berlaku dalam periatiwa Isra &Mikraj.

4. Solat dapat membersihkan segala kesalahan dan dosa.Menurut Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Apa pendapat kamu jika ada sungai di hadapan pintu rumah kamu mandi di dalamnya 5 kali sehari, adakah masih tertinggal dakinya" Mereka bersabda; Sudah pasti tidak akn tinggal sedikit pun dakinya.Baginda bersabda:Itulah perumpamaan solat lima waktu.Allah telah membersihkan segala kesalahan dengan mengerjakannya"?(Bukhari & Muslim)

5. Solat membezakan antara seorang muslim dengan kafir.Ini bermakna ,sesiapa yang mengingkari kefarduan solat maka dia menjadi kafir. Ada pendapat yang mengatakan bahawa meninggalkan solat dengan sengaja menjadikan seseorang itu kafir. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Jabin bin Abdullah r.a,Rasulullah s.a.w pernah bersabda,"Pembeza antara seorang lelaki muslim dan syirik atau kufur ialah meninggalkan solat".(Muslim).Ubadah bin Somit r.a telah berkata,"Kekasihku Rasulullah s.a.w telah mewasiatkanku 7 perkara.Sabda Baginda s.a.w,"jangan menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun,walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan meninggalkan solat dengan sengaja, kerana sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja,kerana sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja akan terkeluar daripada agama islam.Jangan melakukan maksiat, kerana perbuatan itu akan menyebabkan kemurkaan Allah dan jangan minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu segala maksiat"(Imam Tabrani).

6. Solat merupakan perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari kiamat nanti. Abu Hurairah r.a pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "perkara pertama yang ditanya kepada seorang hamba pada hari kiamat tentang amalannya ialah solatnya. Jika baik,dia telah berjaya dan maju. Jika rosak, dia akan celaka dan rugi. Jika amalan fardhunya berkurang, Allah berkata : Perhatikan adakah hamba Ku melakukan amalan sunat yang boleh menampung kekurangan amalan fardhunya. Kemudian dilakukan perkara yang sama pada amalan-amalan lain".(Al Nasai & Tarmizi) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mengambil jalan mudah ibarat sembahyang fardu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang. mematuhi tertib sembahyang dan sebagainyadi samping mengerjakan ibadat sunat seperti solat sunat,puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya.

7. Sesungguhnya solat itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar. Sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah s.w.t. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengejakan solat,puasa dan sebagainya(Persatuan Pelajar Islam,2009 & al-Tarmizi,2010).


p/s : Semoga solat kita diterima di sis Allah s.w.t.Ameen...








No comments:

Post a Comment