Thursday, February 10, 2011

DENDAM YANG TERMANIS

Memang kalau kita sedang marah dan berdendam...
pasti syaitan akan membisikkan kepada kita supaya membuatkan kita lebih marah...
saya pun tidak pernah terkecuali daripada perkara ini...
tapi saya berusaha untuk mengelakkan perkara itu...
perkara yang saya lakukan untuk mengelakkannya adalah dengan memaafkan kesalahan orang yang telah membuat kita marah...
kita doakan yang terbaik untuk mereka supaya Allah mengampunkan dosa mereka...
kemaafan itu adalah dendam yang termanis buat saya...
seperti di dalam surah an-nur:
"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?

(Surah an-Nur : Ayat 21)



dan juga di dalam surah al-imran:
"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

(Surah Ali-Imran: Ayat 134)





kepada semua yang mengalami masalah seperti ini...
janganlah kita berdendam dan saling berbalas...
dendam pasti tiada berkesudahan...
biarlah apa yang orang nak buat kat kita tapi kita jangan sekali menyimpan persaan dendam...
biarllah keredhaan bersama dengan kita...



Kadang-kadang Tuhan menyembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi. Lepas apa yang berlaku, bilangan rakanku mula bertambah, bukan hanya dalam kampus sahaja, luar kampus pun ada dan mula rapat dengan rakan-rakan bekas sekolah dulu.
Alhamdullilah. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.
Buat mereka yang pernah saya sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, saya memohon kemaafan untuk segala silap dan salahku, dan saya juga memaafkan setiap silap dan salahmu.

P/s: semoga kita sama-sama mendapat keredhaan daripada Allah...