Wednesday, April 25, 2012

KELEBIHAN SURAH AL FALAQ


1 .Menolak gangguan jin,syaitan,sihir,was-was dan segala kejahatan.

2. 
Dibaca sebelum tidur 3 kali (3 Qul) dan ditiup ke tangan dan disapukan ke seluruh badan kecuali kaki dan kemaluan akan terhindar dari                                     segala perkara yang buruk.

3 .Diturunkan surah ini kerana Rasulullah saw memohon pada Allah swt ayat pelindung maka dikurniakan oleh Allah swt surah ini.

4. Di baca pada air garam dan di sapu pada badan yang terkena sengatan binatang bisa.

5. Di baca 41 kali selama 3, 5 atau 7 hari berturut turut akan sembuh dari sihir dan santau dengan izin Allah.

6. Jika sesat terutama malam gelap gelita di baca / di ulang membaca Surah ini akan di tunjukkan jalan oleh Allah.

10 GOLONGAN MANUSIA YANG DI USIR DARI PADANG MAHSYAR


1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadana terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu
menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang
menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan
perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah
orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

8. mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai.
Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

●●●●
●●●●●●sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●●●●●●●

Friday, April 20, 2012

" Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan "

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.



2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.



3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.



4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.



5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.



6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.



7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.



Sumber : http://melayukini.net/2012/03/ketahui-7-sikap-wanita-dengan-melihat-cara-berjalan/

Tuesday, April 10, 2012

CUTI SEM

Skg da cuti sem...
masih blum lg nk cari kerja...
apa la nk jd...
Smoga Allah swt berikan ak sifat kerajinan utk mencari kerja...
spaya dpt membantu keluarga..
huhu

tp ada jgk hikmahnya sepanjang x bekerja ni...
byk ilmu yg sy dpt...
byk kata2 yg leh bg semangat utk bermuhasabah diri...
boleh taw apa kwn2 buat...

tp kdg2 sdih jgk la kalau ada kwn2 yg mempamerkan gmbr2 dorg yg x menutup aurat dgn sempurna dan ditatap oleh lelaki yg bkn muhrim....
bkn ke dorg akn dpt dosa free2 jer...huhu
Smoga Allah swt membuka ati kwn2ku utk melaksanakan syariatmu dgn sempurna...

kdg2 takut jgk diri ini terjerat oleh fatamorgana...
takut diri ini terleka seketika oleh hasutan dunia yang penuh dgn pancaroba...
Smoga Allah swt akn tetapkan ati ini utk meraih redhaNya dan terus beristiqamah dgn apa yg diri ini sedang buat...
Supaya boleh mengajak teman2 semua mendapatkan redha Ilahi...

"Ya Allah,bukakanlah pintu hati kwn2ku supaya mereka melaksanakan perintahMu dan menjauhi laranganMu"
amin amin ya rabbal alamin....





Monday, April 9, 2012

Jasa di dunia vs Anugerah di akhirat


1. Meninggalkan sembahyang>>> Ular Saqar sedang menunggu

2. Melewat-lewatkan sembahyang
>>> Neraka WAIL sedang menganga

3. Meringan-ringankan syariat
>>> Mendapat pandangan murka Al-Jabbar

4. Mengumpat peribadi orang
>>> Gunting neraka sedang diasah

5. Menyebarkan gossip atau fitnah
>>> Duri- duri menanti anda di taman neraka

6. Tidak menjaga pergaulan
>>> Libasan api neraka dijanjikan

7. Tidak berakhlak dengan manusia
>>> Kemurkaan Allah bersama mu

8. Menyakiti hati orang dengan lisan
>>> Masuklah mana-mana pintu neraka

9.Meringankan amanah
>>> Angkatlah seberkas kayu dari neraka

10.Bersangka buruk
>>> Amalan baik diambil orang 

Wednesday, April 4, 2012

Petua Untuk Khusyuk Dalam Solat

1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.

2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.

3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.

4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.

5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.

6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.

7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.

8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.

9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.

10. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.

11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.

12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.

13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.

14. Memahami makna bacaan dalam solat.


Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak...

Monday, April 2, 2012

Doa YanG PaliNg MusTajaB....


1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:"Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'”

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."