Sunday, February 5, 2012

Bengkel AsaS Membina Insan(BASMI)


INI ADALAH LOGO BASMI KAMI

BASMI ini telah dijalankan pada 27 hingga 29hb Januari 2012. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Pusat Islam(JPI). Lagu tema program ini adalah lagu “Remaja” dinyanyikan oleh UNIC. Sepanjang program ini dijalankan, ana telah diberi amanat sebagai AJK Tugas-Tugas Khas & Teknikal. Actually, ana tak tahu pon apa yang mahu dibuat berdasarkan tugas yang diberi. Amir(ketua) ana ialah Suhaimi. Dia pon orang baru macam ana. Jadi, dia ada la juga tanya2 senior terutama abang Asrul. Ana pon ada la jugak kak Saudah iaitu timbalan presiden JPI dan kak Hidayah iaitu s/u JPI.

Alhamdulillah semuanya ok, walaupun masih baru dan baru 1st time jadi ajk dalam mana2 program. Sebelum program, kami ditugaskan untuk memohon tempat untuk para muslimin tidur time BASMI akan berlangsung nanti. Pada  program ini berlangsung pula, ana hanya menolong ajk2 lain untuk buat dorg punya kerja kalau dorg mahukan apa2 pertolongan.

Memang mendapat banyak pengalaman dalam menguruskan program. Contohnya, menguruskan makanan, menjual barangan, dan menjadi pembantu FC. Memang agak memenatkan la juga menjadi ajk ney.  Baru kami tahu bahawa menjadi AJK dan FC merupakan sesuatu tugas yang berat. Jadi, jangan memandang remah terhadap dorang. Sebenarnya kita sebagai peserta tidak la seletih AJK dan FC terutamanya yang menjadi AJK program, AJK makanan dan AJK ICT yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Memang tabik la sama dorang terutamanya kak Hasnidar. Memang kagum la dengan effort yang dia bagi dalam mengendalikan program ini meskipun masih banyak yang perlu diperbaiki lagi. Semoga kami mendapat redha dan rahmat daripada Allah swt.

Dalam program ini, banyak pengisian telah dilakukan. Antaranya ialah kuliah subuh, latihan dalam kumpulan(LDK) dan muhasabah diri. Setiap peserta diberi beberapa kumpulan (muslimin dan muslimat diasingkan). Setiap kumpulan ada FC masing2.

Pada hari pertama, kami bermula pada pukul 9 malam dengan pendaftaran peserta dan sesi taaruf(berkenalan). Kebanyakan aktiviti diisi dengan LDK. Antaranya adalah sarang labah2, kapal dan banyak lagi la.

Pengajaran yang kami dapat dari aktiviti sarang labah2 ney adalah dengan ukhuwah, kalau sorang berasa sakit, suma orang akan merasa sakit jugak. Itu la ertinya sesuatu ukhwah. Yang aktiviti kapal pula, pengajarannya ialah kita hanya mempunyai satu matlamat iaitu untuk hidup di hari akhirat(kalau salah,minta maaf ah.x berapa ingat sangat dah..heheh) dan angin pula melambangkan cabaran kita di dunia.


Ini tym ajk program mengendalikan peserta dengan menyuruh peserta datang ke hadapan untuk berhujah.





Ini time main LDK (pasal kapal).hehe. Pelajar diberi satu kertas dan tulis matlamat hidup. Kemudian, mereka dikehendaki membuat kapal sendiri dan hendaklah menerbangkan kapal mereka supaya masuk ke dalam cawan(kapal tersebut mesti masuk ke dalam cawan).

Ini adalah tag AJK BASMI.hehe





>Gambar di atas adalah selepas penutupan dan perasmian BASMI. Semua peserta, AJK dan FC bermaaf-maafan antara satu sama lain.(so sweet)
 p/s: sory law gambar terbalik....hehe