INI ADALAH LOGO BASMI KAMI
BASMI ini telah dijalankan pada 27
hingga 29hb Januari 2012. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Pusat
Islam(JPI). Lagu tema program ini adalah lagu “Remaja” dinyanyikan oleh UNIC.
Sepanjang program ini dijalankan, ana telah diberi amanat sebagai AJK
Tugas-Tugas Khas & Teknikal. Actually, ana tak tahu pon apa yang mahu
dibuat berdasarkan tugas yang diberi. Amir(ketua) ana ialah Suhaimi. Dia pon
orang baru macam ana. Jadi, dia ada la juga tanya2 senior terutama abang Asrul.
Ana pon ada la jugak kak Saudah iaitu timbalan presiden JPI dan kak Hidayah
iaitu s/u JPI.
Alhamdulillah semuanya ok, walaupun
masih baru dan baru 1st time jadi ajk dalam mana2 program. Sebelum
program, kami ditugaskan untuk memohon tempat untuk para muslimin tidur time
BASMI akan berlangsung nanti. Pada
program ini berlangsung pula, ana hanya menolong ajk2 lain untuk buat
dorg punya kerja kalau dorg mahukan apa2 pertolongan.
Memang mendapat banyak pengalaman
dalam menguruskan program. Contohnya, menguruskan makanan, menjual barangan,
dan menjadi pembantu FC. Memang agak memenatkan la juga menjadi ajk ney. Baru kami tahu bahawa menjadi AJK dan FC
merupakan sesuatu tugas yang berat. Jadi, jangan memandang remah terhadap
dorang. Sebenarnya kita sebagai peserta tidak la seletih AJK dan FC terutamanya
yang menjadi AJK program, AJK makanan dan AJK ICT yang bertungkus lumus
menjayakan program ini. Memang tabik la sama dorang terutamanya kak Hasnidar.
Memang kagum la dengan effort yang dia bagi dalam mengendalikan program ini
meskipun masih banyak yang perlu diperbaiki lagi. Semoga kami mendapat redha
dan rahmat daripada Allah swt.
Dalam program ini, banyak pengisian
telah dilakukan. Antaranya ialah kuliah subuh, latihan dalam kumpulan(LDK) dan
muhasabah diri. Setiap peserta diberi beberapa kumpulan (muslimin dan muslimat
diasingkan). Setiap kumpulan ada FC masing2.
Pada hari pertama, kami bermula pada
pukul 9 malam dengan pendaftaran peserta dan sesi taaruf(berkenalan).
Kebanyakan aktiviti diisi dengan LDK. Antaranya adalah sarang labah2, kapal dan
banyak lagi la.
Pengajaran yang kami dapat dari
aktiviti sarang labah2 ney adalah dengan ukhuwah, kalau sorang berasa sakit,
suma orang akan merasa sakit jugak. Itu la ertinya sesuatu ukhwah. Yang
aktiviti kapal pula, pengajarannya ialah kita hanya mempunyai satu matlamat
iaitu untuk hidup di hari akhirat(kalau salah,minta maaf ah.x berapa ingat
sangat dah..heheh) dan angin pula melambangkan cabaran kita di dunia.
Ini tym ajk program mengendalikan peserta dengan menyuruh
peserta datang ke hadapan untuk berhujah.
Ini time main LDK (pasal kapal).hehe. Pelajar diberi satu
kertas dan tulis matlamat hidup. Kemudian, mereka dikehendaki membuat kapal sendiri
dan hendaklah menerbangkan kapal mereka supaya masuk ke dalam cawan(kapal
tersebut mesti masuk ke dalam cawan).
Ini adalah tag AJK BASMI.hehe
>Gambar di atas adalah selepas penutupan dan perasmian
BASMI. Semua peserta, AJK dan FC bermaaf-maafan antara satu sama lain.(so
sweet)
No comments:
Post a Comment