Wednesday, February 9, 2011

PETUA MENANGANI BOSAN!!!

Apakah rasa bosan?rasa bosan timbul apabila anda jemu menghadap sstu berulang-ulang kali.
Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang..AWAS!!!Bosan adalah petanda besar anda orang yang tidak ada matlamat....

Tips motivasi kali ni,berikut adalah 4 petua bagaimana mengelak rasa bosan..


1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.
Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya supaya tidak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu disekeliling yang boleh anda lakukan.
2. Jadi Workaholic
Orang workaholic adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila nda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa bosan, anda boleh bentuk diri anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas! Sikap workaholic tak sesuai untuk orang suddah berkawin. Jika anda seorang suami, nanti isteri anda saman anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika anda seorang isteri, nanti suami anda makan maggi setiap hari.
3. Set Matlamat, Azam, Cita-cita dan Impian. Selepas itu Berusahalah Mencapainya!
Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. selepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas itu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan anda akan perasan anda dapat mengelak rasa bosan sebab anda sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.
4. Rajinkan Diri Beribadah.
Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa bosan dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan anda macam tak mahu berhenti.

Monday, February 7, 2011

MENGGUNAKAN 'SALAM'..BOLEH KE???

saya baru mendapat tahu bahawa...
lebih baik kita menggunakan perkataan 'assalamualaikum or assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh'..
Menurut ustaz Zawawi Yusof,Baginda saw memberi salam dengan lafaz "assalamualaikum" dan menjawab
salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh"....
Ringkasnya,baginda saw akn ;beri salam dengan ucapan - "assalamualaikum"
dan...jawab salam - waalaikumussalam   warahmatullahi wabarakatuh"..
lagi satu,perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
sy dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah;
"WAALAI KUMUS SALAM" dan bukannya yang slalu saya dengar iaitu;

"WAALAI KUM SALAM"

Apabila kita ingin berkirim salam pada org lain,hendaklah kita berkata
"kirim salam,assalamualaikum pada ZIZAH ye" contohnya la...
Dan bukannya : "kirim salam kat ZIZAH yer"

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti "Ko tolong kirim salam maut kt dia yer"...

Statement ini walaupun dalam nada gurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa,walaupun sekadar gurauan!

Selain itu,janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan..

Jika perkataan "assalamualaikum" itu panjang,maka hendaklah kita ganti dengan perkatan "As Salam"
yang membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum"....

Sesama lah kita memberitahu member2 yang slalu sgt guna shortform "A'kum" dalam sms ataupun email.perkataan "AKUM" adlh gelaran utk org2 yahudi utk org2 bkn yahudi yang bermaksud "BINATANG" dalam bahasa Ibrani...

Ia singkatan daripada perkataan "Avde Kokhavim U Mazzalot" yang bermaksud "HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT"....

Jadi mulai skg jika ada org hntr Shortform "A'kum", kita ingatkan dia menggunakan "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan "Assalamualaikum"...

Jangan guna "Bye" kerana "Bye" adlh jarum sulit Kristian yang bermaksud "Di bawah Naungan Pope."Jangan guna "A'kum" kerana "A'kum" bermaksud "binatang" dalam bahasa Yahudi.Jangan guna "Semekom" kerana "semekom" bermaksud "celaka kamu".Gunakan perkataan "salam" sebagai singkatan bg "Assalamualaikum".Tolong forward kpd umat islam yang lain,untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Semoga kita mendapat keredhaan Allah...AMIINNN!!